Bicara Emas
LAST_UPDATED2 Oleh Pak-bi Rabu, 07 September 2011 00:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera
05102011
Maaf kerana tiada kelapangan masa untuk menulis jurnal pada hari-hari yang lepas maklumlah kesibukan dengan tugas harian yang terlalu banyak. Ramai yang tersenyum kegembiraan bila jangkaan tepat, begitu juga dengan saya apabila pada awal pembukaan Oktober pasaran melonjak naik sepertimana yang telah digambarkan oleh para pelabur global. Walaubagaimanapun pada hari kedua pasaran merudum dan keadaan ini digambarkan pada indikator Macd dan indikator-indikator yang lain. Dengan keadaan indeks USD, pasaran saham dan juga minyak mentah yang jatuh banyak membuatkan para pelabur susah untuk membuat keputusan dalam menentukan pelaburan dipasaran spot emas yang diniagakan turun $ 52,00 auns dari $ 1,605.70 auns. Emas Spot terakhir diniagakan turun $ 57,10 auns dari $ 1,604.25. Apabila Bernanke berucap bahawa inflasi akan kekal rendah dan bank juga mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah yang berpanjangan, ini akan membuatkan pasaran komoditi termasuk emas cenderung kepada deflasi harga. Perlu diingatkan deflasi merupakan musuh utama dalam pasaran logam yang mana akan membuatkan pasaran yang tidak menentu.
Kalau dilihat pada pasaran sehingga malam tadi "Commodities Cross-Selling" telah mengambil tempat, di mana para pelabur telah membuat keputusan untuk menjual dan mengambil keuntungan berdasarkan kepada keadaan pasaran global yang huru hara. Untuk jangka masa yang terdekat "trend bearish" masih lagi akan berlaku, secara mengejut bergantung kepada para pelabur. Pelabur emas diingatkan akan faktor "pelabur" masih lagi memainkan peranan yang amat hebat dalam menentukan samada pasaran akan mengalami trend "bullish" atau "bearish".
Gold Price and trend forecast
Today : slideway down
From daily gold chart and indicators of slow stochastic, Rsi,
Macd, Moving average, Alligator point that
gold is in the trend of slideway down ..... insyaallah
Cadangan
Menggunakan teknik "scalping" dan "hit and run" sebagaimana telah diberitahu sebelum ini dapatkan keuntungan yang seminima mungkin, dan dicadangkan mengambil keuntungan jangka panjang. Gunakan sepenuhnya teknik pemerhatian pada "candle stick" walaupun indicator pada macd menunjukkan "trend bearish" untuk hari ini, kerana cs akan memberi petunjuk pada trend ..................ingat sebelum kena ......
Sekian
"Orang yang tamak selalu rugi"
Penafian : Ini hanyalah sekadar pandangan atau rujukan sahaja, sebarang kerugian yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian berkaitan dengan artikel ini.
Bicara Emas
LAST_UPDATED2 Oleh Pak-bi Khamis, 29 September 2011 00:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera
29092011
Mungkin ada yang sedang tersenyum kegembiraan kerana telah mendapat untung berlipat kali ganda tetapi jangan lupa untuk berkongsi sedikit keuntungan dengan orang miskin dan pihak-pihak yang memerlukan. Bak kata orang tua-tua kesenangan dan kemewahan akan datang kepada kita bila kita selalu bersedekah dan jangan lupa bahawa pada masa yang sama ada yang kerugian, oleh itu sama-sama kita doakan agar mendapat keuntungan di lain masa. Seperti yang telah dijangka para pelabur lebih melihat pada pilihan tunai yang selamat iaitu USD yang mana membuatkan para pelabur lebih berhati-hati tentang hutang Eropah (terutama pungutan suara di Jerman) dan pertumbuhan ekonomi global.
Kalau dilihat pada pasaran sehingga pagi ini "Commodities Cross-Selling" telah mengambil tempat, di mana para pelabur telah membuat keputusan untuk menjual dan mengambil keuntungan berdasarkan kepada keadaan pasaran global yang huru hara. Untuk jangka masa yang terdekat "trend bearish" masih lagi akan berlaku, secara mengejut bergantung kepada para pelabur. Walau bagaimanapun ramai yang berpendapat pada awal bulan Oktober "trend bullish" akan mengambil tempat. Pelabur emas diingatkan akan faktor "pelabur" masih lagi memainkan peranan yang amat hebat dalam menentukan samada pasaran akan mengalami trend "bullish" atau "bearish".
Gold Price and trend forecast
Today : slideway down
From daily gold chart and indicators of slow stochastic, Rsi,
Macd, Moving average, Alligator point that
gold is in the trend of slideway down ..... insyaallah
Cadangan
Menggunakan teknik "scalping" dan "hit and run" sebagaimana telah diberitahu sebelum ini dapatkan keuntungan yang seminima mungkin, dan elakkan daripada mengambil keuntungan jangka panjang. Gunakan teknik pemerhatian pada "candle stick" walaupun indicator pada macd menunjukkan "trend bearish" untuk hari ini ..................ingat sebelum kena ......
Sekian
"Orang yang tamak selalu rugi"
Penafian : Ini hanyalah sekadar pandangan atau rujukan sahaja, sebarang kerugian yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian berkaitan dengan artikel ini.















![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/tny_au_en_uskg_2.gif)